Hamilton samai rekod Schumacher - Utusan Malaysia

Hamilton samai rekod Schumacher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NURBURGRING: Lewis Hamilton menyamai rekod 91 kemenangan milik legenda Formula Satu (F1) Jerman, Michael Schumacher selepas menjuarai Grand Prix (GP) Eifel, sebentar tadi.

Juara dunia enam kali itu melupakan kekecewaan di GP Rusia dua minggu lalu apabila mengawal perlumbaan di Litar Nurburgring yang kembali menganjurkan saingan berprestij itu sejak 2013.

“Keputusan menakjubkan,” kata Hamilton menerusi radio pasukan Mercedes sebaik sahaja melintasi garisan penamat.

Pemandu Britain itu mengatasi Max Verstappen dari Red Bull, manakala  pelumba Renault, Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

Kemenangan juga mengukuhkan kedudukan Hamilton selaku pendahulu  dunia, sekali gus menghampiri rekod tujuh kejuaraan yang kini dipegang Schumacher. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.