Vidal milik Inter Milan - Utusan Malaysia

Vidal milik Inter Milan

ARTURO VIDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Inter Milan berjaya melengkapkan perjanjian dengan bintang tengah Chile, Arturo Vidal dari Barcelona dengan nilai 1 juta euro (RM4.85 juta), umum kelab itu hari ini.

“Barcelona dan Inter Milan sudah mencapai persetujuan bagi urusan perpindahan membabitkan Arturo Vidal. Kelab Itali itu akan membayar FC Barcelona 1 juta Euro (RM4.85 juta),” kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Selepas menyertai gergasi Sepanyol itu pada 2018, Vidal beraksi dalam 96 perlawanan buat kelab Catalan dan berjaya menjaringkan 11 gol selain membantu mereka memenangi kejuaraan La Liga pada musim pertama di Camp Nou.

Namun pemain berusia 33 tahun itu dilihat tidak diperlukan oleh kelab tersebut selepas aksi yang mengecewakan musim lalu.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengakui beberapa pemain harus meninggalkan kelab bagi membolehkan pemain baharu dibawa masuk.

Vidal akan bergabung semula dengan Antonio Conte di Inter, jurulatih yang menguruskan Juventus ketika dia beraksi di kelab Itali itu antara 2011 dan 2015, sebelum menyertai Bayern Munich dan Barca.

Inter menyifatkan pemain tengah Chile itu sebagai ‘pejuang’. “Bermula hari ini, Vidal akan berada di barisan tengah menyerang buat Nerazzurri dengan objektif yang sama seperti sebelumnya : berjuang, memberikan segalanya dan mencatat kemenangan,” menurut kenyataan kelab itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya