UiTM jinakkan Terengganu - Utusan Malaysia

UiTM jinakkan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan, Viktor Nirennold muncul wira apabila menyumbat gol kemenangan untuk membantu UiTM FC mengejutkan Terengganu 2-1 dalam saingan Liga Super sebentar tadi.

Perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam itu menyaksikan skuad Lion Troops terlebih dahulu berada di depan seawal minit keempat menerusi jaringan Arif Anwar.

Bagaimanapun, Terengganu menyamakan kedudukan 34 minit kemudian selepas Lee Tuck menyempurnakan sepakan penalti.

UiTM mengesahkan tiga mata apabila rembatan kencang Viktor dari sebelah kanan kotak penalti menemui jaring gol.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Frank Bernhardt menduduki tangga ke tiga carta Liga Super ketika berbaki tiga perlawanan dengan 13 mata.

Terengganu yang dikendalikan Nafuzi Zain pula menghuni tempat keenam selepas mengutip 10 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya