Tidak wujud 'tangan ghaib' dalam Selangor - Utusan Malaysia

Tidak wujud ‘tangan ghaib’ dalam Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: B. Sathianathan berkuasa penuh ke atas Red Giants dan tidak wujud ‘tangan ghaib’ yang merosakkan pasukan.

Itu penegasan, Persatuan Bola Selangor (FAS) ketika diminta mengulas pendedahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa masalah dalaman pengurusan FAS telah membawa kerosakan kepada pasukan Red Giants.

Tunku Ismail turut mendakwa, ada di antara pihak pengurusan ingin memainkan peranan jurulatih sehingga menyebabkan pemain hilang semangat untuk bermain.

“Saya tidak pasti dari mana maklumat itu diperolehi dan berani jamin bahawa dari aspek teknikal dalam pasukan utama iaitu Liga Super tiada campur tangan langsung mana-mana individu. Sathianathan mempunyai kuasa penuh.

“Tiada orang campur tangan dari mula sampailah hari terakhir Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih Selangor,” kata
Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon kepada Utusan Malaysia.

Johan juga menegaskan, tiada salah laku berlaku dalam FAS kerana hanya beliau dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar mempunyai kuasa menandatangi dokumen dalam sebarang operasi atau melibatkan kewangan.

Bagaimanapun jika melibatkan keputusan besar ia akan dibawa ke pengurusan tertinggi iaitu Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya menafikan ada salah laku atau melibatkan individu yang mempunyai kepentingan peribadi dalam FAS.

“Apa yang saya boleh beritahu sebarang urusan melibatkan operasi hanya ada dua individu boleh tandatangan dokumen atau cek pembayaran.

“Kalau timbul salah laku maka kami berdua menjadi individu terawal didakwa, jadi saya berani jamin apa yang diperkatakan tidak betul,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya