fbpx

25 Januari 2021, 7:08 pm

  TERKINI

Thailand pula tarik diri Piala Thomas/Uber

RATCHANOK Intanon enggan beraksi dalam Piala Uber kerana bimbang terhadap Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Keengganan beberapa pemain utama, termasuk bekas juara dunia, Ratchanok Intanon untuk beraksi menyebabkan Thailand terpaksa menarik diri daripada kejohanan badminton Piala Thomas/Uber di Denmark bulan depan.

Thailand menjadi negara ketiga selepas Taiwan dan Australia membatalkan penyertaan pada kejohanan berpasukan lelaki serta wanita itu akibat kebimbangan terhadap pandemik Covid-19.

Piala Thomas/Uber yang sudah tertangguh dua kali akibat Covid-19 dijadual berlangsung di Denmark dari 3 hingga 11 Oktober.

BWF dalam satu kenyataan berkata, Thailand memberi alasan keputusan menarik diri atas sebab khas berkaitan dengan Covid-19 selain kecederaan membabitkan pemain utama.

Presiden Persatuan Badminton Thailand, Patama Leeswadtrakul berkata, keputusan itu dilakukan selepas beberapa pemain, termasuk bekas juara dunia, Ratchanok Intanon menarik diri.

Jurulatih Ratchanok, Patpapol Ngensrisuk memberitahu AFP bahawa pemain No. 5 dunia itu bimbang dijangkiti wabak berkenaan menjelang Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan tahun depan.

“Ratchanok sangat bimbang dengan Covid-19 kerana dia sudah layak ke Olimpik. Jika dijangkiti wabak itu, dia bimbang mengenai masa depannya di Olimpik,” kata Patpapol. – AFP