Suarez sah milik Atletico - Utusan Malaysia

Suarez sah milik Atletico

LUIS SUAREZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Luis Suarez kekal beraksi di La Liga selepas Atletico Madrid hari ini mengesahkan menandatangani kontrak dengan penyerang Barcelona itu.

Bintang Uruguay itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Juventus, namun ia tidak menjadi kenyataan.

Menurut Barcelona, Atletico bersetuju membayar 6 juta euro (RM28.85 juta) bagi mendapatkan khidmat Suarez yang dilihat mengalirkan air mata pada sesi latihan terakhir bersama The Catalan, semalam.

Jurulatih Barcelona, Ronaldo Koeman sebelum ini dilaporkan berkata Suarez tidak berada dalam perancangannya bagi menghadapi saingan musim ini.

Sejak menyertai Barcelona daripada Liverpool pada 2014, Suarez memenangi pelbagai kejuaraan termasuk trofi Liga Juara-Juara pada 2015 selain empat gelaran La Liga.

Dia meninggalkan kelab itu sebagai penjaring ketiga terbanyak dengan 198 gol di belakang Cesar Rodriguez (232 gol) dan Lionel Messi (634 gol).

Perpindahan Suarez ke Atletico dibuat selepas dia gagal menyertai Juventus.

Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mendedahkan minggu lalu usaha untuk membawa masuk Suarez mungkin tidak dapat direalisasikan kerana kelewatan pemain itu mendapatkan pasport Itali.

Selasa lalu, pendakwaraya di Perugia mengesyaki Suarez menipu ketika menjalani ujian bahasa Itali dengan pemeriksa disyaki membantunya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya