fbpx

24 September 2020, 4:35 pm

  TERKINI

Piala Thomas, Uber tunda

PIALA Thomas dan Uber 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas menerima pelbagai desakan, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya memutuskan untuk menunda kejohanan Piala Thomas dan Uber.

Keputusan itu diumumkan hari ini, sekali gus memberi tamparan hebat kepada kejohanan berpasukan dunia yang sepatutnya diadakan di Denmark bulan depan.

Kebimbangan terhadap pandemik Covid-19 adalah sebab utama kejohanan dwitahunan itu dibatalkan dan tarikh baharu belum diputuskan.

Penundaan sudah diduga ekoran penarikan diri beberapa negara bertanding, termasuk juara Piala Thomas 13 kali, Indonesia.

Selain Indonesia, Korea Selatan, Thailand, Taiwan dan Australia turut membatalkan penyertaan akibat kebimbangan terhadap situasi semasa. – AFP

POPULAR