Melaka berdebar menunggu nasib - Utusan Malaysia

Melaka berdebar menunggu nasib

PEMAIN Melaka yang baru kembali dari Kota Kinabalu semalam kini resah menunggu keputusan ujian swab Covid-19. – IHSAN MELAKA UNITED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Positif atau negatif? Tunda atau tidak.

Itu debaran Melaka United yang baru kembali dari Kota Kinabalu semalam selepas selesai mengharungi aksi Liga Super menentang Sabah kelmarin.

Semua anggota skuad Sang Kancil yang kalah 3-2 di Stadium Likas wajib menjalani ujian swab di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Ia selaras dengan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bahawa individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani sa­ringan Covid-19.

Situasi itu mungkin memaksa pertemuan mereka menentang Kedah di Alor Setar, Jumaat ini ditunda kerana keputusan ujian swab mengambil masa tiga hari untuk diketahui dan tempoh itu dianggap amat suntuk.

Selain itu, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga mungkin terpaksa menananguhkan hasrat menjulang kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini kerana pertemuan menentang Sabah turut berisiko dipinda.

GHANI AB HASSAN

 

“Bukan dikuarantin 14 hari. Melaka perlu menjalani ujian swab di KLIA. Jika negatif Co­vid-19, mereka akan dibebaskan kalau positif baru kuarantin.

“Perlawanan mungkin dipinda kerana tempoh mendapat keputusan ujian tiga hari. Itu akan menjejaskan latihan.

“Begitu juga aksi Sabah dan JDT tapi kami tidak boleh sahkan akan dipinda atau tidak kerana MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) perlu ­hubungi pasukan terlebih dulu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ghani Ab Hassan kepada Utusan Malaysia semalam.

Semalam, 115 kes baharu Co­vid-19 dicatatkan di negara ini dan 98 daripadanya di Sabah.

Kementerian Kesihatan dalam satu ke­nyataan semalam berkata, 11 daripada 112 kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.