Kipre belum puas jaring gol - Utusan Malaysia

Kipre belum puas jaring gol

TCHETCHE KIPRE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bintang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre menaruh keyakinan dapat menambah jaringan dalam empat perlawanan terakhir bagi memastikan Lang Merah berada dalam kedudukan terbaik Liga Super.

Menurut Kipre, dia gembira dengan tahap prestasinya ketika ini yang dapat menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan berturut-turut.

“Selain itu, saya juga yakin Kpah Sherman juga akan dapat menjaringkan lebih banyak gol selepas ini kerana dia seorang penyerang yang cukup tajam serta sentiasa berusaha keras untuk pasukan.

“Saya kerap berbincang dengan Sherman dan matlamat kami sentiasa sama iaitu berusaha mendapatkan trofi untuk pasukan.

“Siapa yang menjaringkan gol, itu bukanlah perkara utama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Empat perlawanan terakhir Kedah itu ialah bertemu Sabah, Pahang, Melaka dan Perak.

Sementara itu jurulatih pasukan, Aidil Sharin Sahak mengakui gembira dengan perkembangan prestasi ditunjukkan anak-anak buahnya.

Menurutnya, selain keupayaan Kipre yang kian menunjukkan ketajaman, gandingan kapten, Baddrol Bakhtiar bersama seorang lagi pemain import, Amin Adam Nazari di bahagian tengah banyak memainkan peranan dalam mengerakkan pasukan.

“Amin dan Baddrol, saya sifatkan sebagai enjin di bahagian tengah pasukan.

“Kedua-duanya pemain itu banyak membantu pasukan mengawal permainan dan saya gembira dengan apa yang mereka laksanakan setakat ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya