fbpx

24 September 2020, 5:16 pm

  TERKINI

Kelantan United rehatkan barisan jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) melakukan kejutan terbesar musim ini dengan merehatkan semua barisan kejurulatihan pasukan berkuat-kuasa serta merta meskipun saingan Liga Perdana masih berbaki empat perlawanan.

Bagaimanapun, tempoh ‘rehat’ Zahasmi Ismail selaku ketua jurulatih bersama dua penolongnya iaitu Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali akan dimaklumknan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Setiausaha Kehormat, Anas Karimi Ahmad Thani berkata, keputusan drastik itu diambil berpandukan kepada situasi semasa pasukan ketika ini.

Menurutnya, keputusan itu dicapai menerusi satu mesyuarat melibatkan seluruh pengurusan tertinggi pasukan yang telah berlangsung semalam.

“Apa yang kami lakukan ini adalah salah satu usaha untuk memulihkan semula prestasi pasukan bagi memastikan sasaran yang diimpikan mampu dicapai.

“KUFC merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Zahasmi Ismail serta pembantunya atas khidmat mereka membantu pasukan sejak musim 2019 sehingga membawa kepada kejayaan muncul juara Liga Amatur (M3) dan layak ke Liga Perdana Malaysia musim ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anas Kharimi memberitahu, selaras dengan itu, KUFC telah mencari jurulatih baharu sementara mengisi kekosongan tersebut.

Katanya, KUFC berharap penyokong akan terus bersama pasukan dalam mengharungi baki saingan Liga Perdana selepas ini.

“Sokongan padu penyokong merupakan tunjang kekuatan pasukan.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan layak ke saingan Piala Malaysia dan Liga Super musim depan,” ujarnya.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan, KUFC yang mengumpul sembilan mata berada di kedudukan keenam Liga Perdana hasil tiga kemenangan.