Hatrik Calvert-Lewin julang Everton - Utusan Malaysia

Hatrik Calvert-Lewin julang Everton

DOMINIC Calvert-Lewin meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu Everton menumpaskan West Brom 5-2 di Goodison Park, Liverpool hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dominic Calvert-Lewin meledak hatrik pertama buat pasukan senior, manakala James Rodriguez mencetak gol sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris ketika membantu Everton membenam West Brom 5-2 di Goodison Park, sebentar tadi.

West Brom memberikan tentangan hebat kepada Everton, termasuk mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan menerusi Grady Diangana pada minit ke-10.

Calvert-Lewin berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31, sebelum Rodriguez yang baru beberapa minggu tiba di England meletakkan The Toffees di depan memasuki minit ke-45.

Biarpun berusaha memberi tentangan, namun layangan kad merah yang diterima pemain West Brom, Kieran Gibbs pada waktu kecederaan babak pertama merubah kerancakan perlawanan.

Pengurus West Brom, Slaven Bilic yang berang memasuki padang membantah keputusan pengadil, Mike Dean.

Matheus Pereira cuba menghidupkan semangat pasukan pelawat dengan menyamakan kedudukan 2-2, dua minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Begitupun jaringan Michael Keane pada minit ke-54 memadam sedikit api kebangkitan yang cuba dilakukan, sebelum Calvert-Lewin mengesahkan tiga mata berharga buat Everton dengan meledak gol keempat serta kelima tuan rumah.

Pada usia 23 tahun, Calvert-Lewin muncul pemain England termuda meledak hatrik dalam Liga Perdana.

Selepas mengejutkan Tottenham 1-0 dalam aksi pembukaan minggu lalu, Everton yang dibimbing Carlo Ancelotti kini mengharungi dua perlawanan yang sempurna.

Calvert-Lewin sudahpun meledak empat gol, manakala bintang tengah Colombia, Rodriguez membuat penampilan sulung sejak tiba dari Real Madrid dengan harga 12 juta pound (RM63.77 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya