Gol Safawi terbaik Asia - Utusan Malaysia

Gol Safawi terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reputasi bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid terus kukuh di pentas Asia selepas merangkul Anugerah Gol Terbaik Sedekad Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini.

Gol menerusi lencongan kaki kiri ketika menewaskan penjaga gol Shandong Luneng, Wu Xinghan dari luar kotak penalti dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu menerima undian tertinggi daripada peminat bola sepak benua ini.

Menerusi keputusan undian yang dikeluarkan AFC, gol itu meraih  34 peratus undi, sekali gus mengetepikan sembilan pencabar lain untuk diangkat sebagai gol terbaik ACL sejak 10 tahun lalu.

Jaringan itu sebelum ini turut dinobat pemenang undian gol Lencongan Terbaik ACL 2019 pada Mei lalu.

Menerusi pencapaian terbaharu ini, ia bakal menaikkan semangat dan motivasi pemain berusia 23 tahun itu yang bakal mengembangkan kariernya ke kelab Portugal Portimonense SC musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya