Empat pasukan Liga M turun pangkat? - Utusan Malaysia

Empat pasukan Liga M turun pangkat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat pasukan berisiko disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga M) selepas gagal menyerahkan lima dokumen awal permohonan pelesenan kelab selepas tarikh akhir kelmarin.

Daripada 24 pasukan Liga M, 12 masing-masing bersaingan dalam Liga Super dan Perdana.

Dua pasukan terlibat pula masing-masing daripada Liga Super dan Liga Perdana, namun Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam enggan mendedahkan butiran terperinci.

Beliau sebaliknya menegaskan, hanya dokumen kewangan dilanjutkan tempoh sehingga 15 September ini.

“Bagi Liga Super terdapat dua pasukan belum menyerahkan dokumen menerusi lima kriteria yang diminta iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran, perundangan dan perniagaan yang tarikh tutupnya semalam (kelmarin).

“Namun dua pasukan Liga Super ini telah memberi penjelasan berhubung kelewatan dokumen infrastruktur yang dihantar ekoran kelewatan disebabkan surat menyurat atau dokumentasi daripada pihak ketiga.

“Bagi Liga Perdana daripada lapan pasukan dua belum menyerahkan dokumen diminta tanpa ada sebarang penjelasan,

“Mungkin jika mereka serahkan dokumen selepas ini ia akan dikira kelewatan dokumen,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas mengenai kemungkinan pasukan tersebut bakal diturunkan pangkat ke Liga M3 atau lebih tepat Liga Amatur, Stuart menyerahkan keputusan itu kepada First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM untuk membuat keputusan atau hukuman setimpal.

“Mengenai hukuman ia akan dipantau oleh FIB dan mereka akan mengambil keputusan terakhir mengenai hukuman atau sebagainya,” jelasnya.

Difahamkan dua pasukan Liga Super itu adalah Kedah dan Melaka United manakala dua pasukan Liga Perdana adalah UKM dan Kelantan.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bayangan Liga M beraksi dengan hanya 10 pasukan musim hadapan bakal menjadi kenyataan apabila masih ada pasukan gagal melengkapkan dokumen bagi proses perlesenan kelab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya