Bale dalam perjalanan ke Tottenham - Utusan Malaysia

Bale dalam perjalanan ke Tottenham

GARETH BALE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Bale sudah melengkapkan kepulangan ke Tottenham dan dalam perjalanan untuk menyertai skuad bimbingan Jose Mourinho, lapor akhbar Britain hari ini.

Pemain antarabangsa Wales itu sudah bersetuju dengan perjanjian setahun yang difahamkan Daily Mail bernilai lebih 13 juta pound (RM69.56 juta), yang mana sebahagiannya akan dibayar kepada Real Madrid.

Bale, 31, dikatakan tidak sabar mengembalikan kariernya di kelab yang menaikkan namanya.

Masih belum ada petanda bila Tottenham yang akan berdepan Lokomotiv Plovdiv pada Liga Europa awal pagi esok akan membuat pengumuman rasmi tetapi ia dijangka berlaku selepas beberapa isu kecil kontrak diselesaikan.

Bale kembali ke Utara London, tujuh tahun selepas dia dijual ke Madrid dengan rekod perpindahan dunia £90 juta (RM481.54 juta).

Mourinho percaya Tottenham perlukan Bale untuk menghidupkan semula bahagian serangan Tottenham dan perbincangan itu semakin rancak selepas pertemuan dengan Pengerusi, Daniel Levy.

Difahamkan tiada pertukaran pemain dilakukan dalam proses berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya