Afifah undur diri selepas 11 tahun - Utusan Malaysia

Afifah undur diri selepas 11 tahun

SYAIDATUL Afifah Badrul Hamidi mengumumkan persaraannya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun sedih, namun Syaidatul Afifah Badrul Hamidi mengakui keputusan bersara daripada skuad boling kebangsaan diambil tanpa rasa sesal.

Selepas 11 tahun mengabadikan diri untuk Malaysia, demi mengejar masa depan yang le­bih cerah, dia mahu menceburi bidang baharu termasuk pe­ngacaraan.

“Saya ambil keputusan ini demi masa depan selepas berbincang dengan kedua ibu bapa.

“Tempoh 11 tahun bersama pasukan negara nampak senang tetapi sebenarnya sukar.

“Bukan saya cakap boling tiada masa depan kerana sukan ini yang menaikkan nama saya tapi cukuplah 11 tahun dan tiba masanya untuk fikirkan kerjaya yang lebih stabil.

“Semasa mewakili negara saya banyak dapat tawaran kerja dan kontrak tapi disebabkan terikat dengan latihan saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen,” katanya dalam sidang akhbar di Astro Arena, Petaling Jaya hari ini.

Sepanjang lebih sedekad mengabadikan diri buat negara, Afifah telah mengecapi pelbagai kejayaan termasuk merangkul kejuaraan dunia di Las Vegas pada 2017.

Antara kejayaan lain yang diraih atlet berusia 29 tahun itu sejak mewakili skuad senior kebangsaan pada 2014 termasuk pingat emas trio berpasukan wanita dalam Sukan Asia 2018 di Indonesia, selain emas Kejohanan Asia 2015 dan Sukan SEA.

Bagaimanapun, beliau hanya bersara daripada skuad kebangsaan dan bukan sukan boling.

Atlet kelahiran Ipoh itu tetap meneruskan karier sebagai pemain secara profesional, selain jurulatih di peringkat akar umbi.

“Saya tidak bersara 100 peratus, sebaliknya hanya meninggalkan skuad negara.

“Boling sebahagian hidup saya, jadi saya tetap mahu menyertai pertandingan dan akan melatih kanak-kanak di peringkat akar umbi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya