60 pemain meriahkan kejohanan golf ulang tahun UDA ke-50 - Utusan Malaysia

60 pemain meriahkan kejohanan golf ulang tahun UDA ke-50

JALALUDDIN Alias (hadapan, sembilan dari kiri) dan Mohd. Salem Khailany (hadapan, lapan dari kiri) bersama peserta kejohanan golf UDA di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALAUPUN negara masih dilanda pandemik Covid-19, namun ia tidak menghalang UDA Holdings Berhad (UDA) untuk menganjurkan kejohanan golf tahunannya di Kelab Golf Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan kelmarin.

Kejohanan yang berlangsung dalam semangat kesukanan itu disertai 60 pemain terdiri daripada wakil dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), agensi di bawah organisasi tersebut dan wakill-wakil media.

Menurut Pengerusi UDA, Datuk Jalaluddin Alias, kejohanan golf kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, namun semangat kesukanan para pemain amat memberangsangkan.

“Kita faham bahawa negara kita sedang berhadapan dengan isu pandemik Covid-19. Namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta menjadi tunjang utama kejayaan kejohanan ini.

“Apa yang penting dalam kita seronok bersukan, etika serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan harus kita dipatuhi dan saya lihat semua peserta akur arahan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Turut menyertai kejohanan itu ialah Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Khailany.

Dalam kejohanan tersebut, Pengerusi UDA dinobatkan sebagai juara bagi kategori Ahli, manakala Mahyuddin Zaini dari Majlis Perbandaran Kajang muncul juara bagi kategori jemputan.

UDA yang bakal mencecah 50 tahun penubuhannya tahun depan turut mengadakan cabutan bertuah kepada pemain-pemain yang gagal menaiki podium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya