Selamat tinggal gimrama - Amy - Utusan Malaysia

Selamat tinggal gimrama – Amy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Amy Kwan mengejutkan peminat sukan tanah air apabila mengumumkan persaraannya selepas 21 tahun berbakti dalam sukan gimrama.

Gimnas berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjanji akan terus memberikan sumbangan kepada negara dengan tugasan baharunya sebagai jurulatih.

Dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, Amy berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan, penyokong dan setiap yang terbabit sepanjang dia berkecimpung dalam gimrama.

“Ia perjalanan yang ada turun naik. Tangisan, darah, kecederaan dan pembedahan. Ada ketikanya saya rasa seperti putus asa tetapi dugaan ini menjadikan saya lebih kuat dan membentuk siapa saya hari ini.

“Maaf jika saya mengecewakan semua kerana bersara pada usia muda. Ini bukan perancangan asal tetapi saya percaya Tuhan ada perancangan lebih baik untuk saya. Jangan bersedih, saya masih sebahagian daripada sukan yang menarik ini.

“Sudah tiba masa untuk saya menurunkan ilmu kepada generasi seterusnya. Sekali lagi, terima kasih, saya sayang semua. Amy Kwan undur diri sebagai gimnas kebangsaan,” katanya sambil berkongsi video kenangan.

Amy melakar kejayaan sensasi dalam Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast apabila meraih pingat emas acara riben individu.

Dia turut memahat sejarah menokok pingat perak acara berpasukan dan dua gangsa dalam saingan all-around serta gelung individu.

Kejayaan itu membolehkannya muncul gimnas pertama dalam sejarah dinobat sebagai Olahragawati Kebangsaan, malah Amy juga muncul Olimpian Wanita 2018.

Amy yang menyertai skuad kebangsaan pada 2008 turut meraih gangsa acara riben dalam Kejohanan Asia 2018, selain dua emas dan dua perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Pada Sukan SEA Filipina 2019, dia membawa pulang pingat gangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya