Piala Thomas, Uber: Malaysia jumpa Indonesia awal - Utusan Malaysia

Piala Thomas, Uber: Malaysia jumpa Indonesia awal

MALAYSIA diundi menentang Indonesia pada peringkat kumpulan saingan Piala Thomas dan Uber.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Normal diundi bersama Indonesia
KUALA LUMPUR: Malaysia diundi bersama musuh tradisi dan juara 13 kali, Indonesia dalam Kumpulan A pada Piala Thomas di Aarhus, Denmark 3-11 Oktober depan.

Dua tahun lalu di Bangkok, Malaysia gagal melepasi sasaran separuh akhir selepas tewas 1-3 kepada Indonesia.

Dalam undian yang dilakukan di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di sini semalam, skuad Piala Uber turut diundi bersama Indonesia.

Selain Malaysia dan Indonesia, saingan Kumpulan B wanita turut dibarisi Korea Selatan dan Australia.

PIALA THOMAS
Kumpulan A : Indonesia, MALAYSIA, England, Belanda
Kumpulan B : China, Taiwan, Perancis, Australia
Kumpulan C : Denmark, India, Jerman, Algeria
Kumpulan D : Jepun, Korea, Thailand, Kanada

PIALA UBER
Kumpulan A : Jepun, Taiwan, Sepanyol, Mesir
Kumpulan B : Korea, Indonesia, MALAYSIA, Australia
Kumpulan C : Thailand, Denmark, Kanada, Scotland
Kumpulan D : China, India, Perancis, Jerman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya