fbpx

24 September 2020, 4:30 pm

  TERKINI

Penalti Fernandes bawa United ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOGNE, Jerman: Sepakan penalti Bruno Fernandes pada masa tambahan membawa Manchester United ke separuh akhir Liga Europa selepas menumpaskan Copenhagen 1-0 di Rhein Energie Stadion, awal pagi tadi.

Semua aksi suku akhir Liga Europa diadakan di Jerman secara tertutup melibatkan empat venue, Cologne, Duisburg, Dusseldorf dan Gelsenkirchen ekoran pandemik Covid-19 yang menyebabkan saingan tertangguh lima bulan.

Juara 2017, United kini akan berdepan Sevilla atau Wolverhampton pada separuh akhir.

“Musim ini, kami berjaya layak dalam tiga aksi separuh akhir. Ia sangat menggembirakan, dan malam ini kami berhak menang.

“Penjaga gol lawan menakjubkan dan sukar dipercayai. Beberapa kali percubaan kami terkena palang, selain ada keputusan VAR (video bantuan pengadil) tidak memihak kepada kami.

“Kami hampir ke penentuan sepakan penalti, lawan menjadikan perlawanan amat sukar,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer kepada BT Sport. – AFP

POPULAR