Ocampos hentikan kemaraan Wolverhampton - Utusan Malaysia

Ocampos hentikan kemaraan Wolverhampton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUISBURG: Jaringan lewat permainan Lucas Ocampos memastikan Sevilla melangkah ke separuh akhir Liga Europa selepas menundukkan Wolverhampton 1-0, sekali gus menetapkan pertemuan dengan Manchester United.

Dalam aksi itu, Raul Jiminez gagal menyempurnakan sepakan penalti pada awal permainan.

Pemain sayap Argentina, Ocampos berjaya menewaskan Rui Patricio pada minit ke-88 hasil hantaran tepat Ever Banega.

Pertemuan itu menyaksikan Sevilla mendominasi hampir keseluruhan permainan dengan mencipta 14 sepakan penjuru.

Wolves memiliki peluang keemasan untuk mendauhului permainan dengan Jiminez diberikan sepakan penalti pada minit ke-13.

Adama Traore mencipta peluang berharga itu apabila dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Diego Carlos.

Bagaimanapun, percubaan Jiminez mudah diselamatkan penjaga gawang Yassine Bounou.

Wolves sekali lagi berpeluang mencipta jaringan pada separuh masa kedua apabila lontaran Matt Doherty berjaya ditolak Willy Boly namun melepasi jangkauan Jiminez untuk disudahkan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya