‘Kuala Lumpur perlu RM5 juta’ - Utusan Malaysia

‘Kuala Lumpur perlu RM5 juta’

PASUKAN Kuala Lumpur memerlukan minimum RM5 juta semusim untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia. - KUALA LUMPUR FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur mencari mereka yang mampu menyediakan dana RM5 juta semusim dan bersedia berunding dengan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman jika jutawan kosmetik itu berminat memiliki pasukan Liga Malaysia (Liga M).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, beliau akan menghubungi Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida dalam masa terdekat kerana tarikh akhir proses penswastaan adalah 30 September.

Katanya, skuad The City Boys ada menerima tawaran daripada individu bergelar jutawan dan syarikat di Lembah Klang, namun setakat ini belum ada keputusan dicapai.

“Kami berminat (tawaran Dr. Vida) tapi kena bincang dulu dan lihat syarat-syarat yang boleh dipersetujui bersama.

“Sebenarnya mana-mana individu yang berminat, KLFA terbuka untuk berbincang secara mendalam. Kalau boleh, mereka bersedia mengeluarkan RM5 juta ke atas,” kata Nokman kepada Utusan Malaysia semalam.

NOKMAN MUSTAFFA

Nokman berkata, KLFA aktif mengadakan rundingan dengan beberapa prospek rakan kongsi tetapi selagi tiada keputusan dicapai, mereka terbuka kepada sebarang cadangan.

“Kami juga ada berunding dengan Tan Sri Vincent Tan tetapi beliau hanya berminat ambil alih Kuala Lumpur dua atau tiga tahun dari sekarang,” katanya.

Kelmarin, Dr. Vida membe­ritahu Utusan Malaysia, beliau berminat membuat ‘kemunculan semula’ dalam bola sepak, tiga tahun selepas menjadi penaja Kelantan.

Beliau tidak serik untuk me­labur dalam bola sepak tempatan, meskipun kerjasama ­dengan The Red Warriors sebelum ini tidak berjalan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya