Klopp Pengurus Terbaik EPL - Utusan Malaysia

Klopp Pengurus Terbaik EPL

JURGEN KLOPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jurgen Klop dinobat sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris hari ini selepas membawa Liverpool merangkul kejuaraan pertama dalam tempoh 30 tahun.

Jurulatih kelahiran Jerman berusia 53 tahun itu mengetepikan Frank Lampard (Chelsea), Brendan Rodgers (Leicester City) dan Chris Wilder dari Sheffield United.

Musim lalu Liverpool gagal memenangi kejuaraan selepas tewas di hujung musim kepada Manchester City.

Bagaimanapun Reds meraih 99 mata, mencatat 32 kemenangan daripada 38 perlawanan dan memiliki kelebihan 18 mata ke atas City ketika menjuarai gelaran musim ini.

Klopp yang membantu Liverpool memenangi trofi Liga Juara-Juara musim 2018/2019, Julai lalu menerima anugerah pengurus terbaik oleh Persatuan Pengurus Liga.

Anugerah itu adalah hasil undian awam serta gabungan panel pakar dalam bola sepak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya