Kelantan kena potong 3 mata - Utusan Malaysia

Kelantan kena potong 3 mata

KELANTAN dipotong tiga mata kerana gagal membayar ansuran tunggakan gaji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengundang padah buat Kelantan apabila dipotong tiga mata Liga Perdana.

Hukuman itu dibuat dalam mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan secara sidang video dan dipengerusikan oleh Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Sharif semalam.

Selain KAFA, turut dibincangkan kedudukan Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Persatuan Bola Sepak PDRM (PDRM FA) dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

“Kelantan membayar ansuran pertama dan kedua pada 31 Januari serta 29 Februari mengikut pelan penyelesaian baki masih tertunggak.

“Bayaran ketiga sepatutnya dibuat pada April tetapi selepas mengambil kira situasi Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), FIB membuat keputusan melanjutkan masa sehingga 30 Julai 2020.

“Begitupun sehingga 30 Julai, tiada sebarang pembayaran baki tertunggak dibuat. Walaupun Kelantan menghantar surat kepada FAM meminta lanjutan sehingga tamat musim 2020 tapi hukuman kekal,” kata FAM dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Sementara itu FIB berkata, PDRM yang dipotong tiga mata pada 31 Januari lalu mula menunjukkan pergerakan positif dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai, malah hanya mempunyai satu kes di tahap rayuan.

FAM juga memantau kes Melaka yang sebelum ini dipotong tiga mata selepas tarikh akhir kedua bayaran ansuran tunggakan 2019 pada akhir Februari.

Mengenai Sarawak, pasukan itu hanya mempunyai tunggakan hutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya