Kapten Arsenal jatuhkan trofi Piala FA - Utusan Malaysia

Kapten Arsenal jatuhkan trofi Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang terjatuhkan trofi Piala FA ketika meraikan kemenangan Arsenal di Stadium Wembley hari ini.

Kapten Arsenal itu kelihatan tergamam selepas melihat trofi terlepas daripada pegangan sebelum segera mengangkatnya semula.

Penyerang Gabon itu muncul wira selepas meledak dua gol untuk membantu The Gunners menumpaskan Blues 2-1.

Bagi memenuhi penjarakan fizikal, Aubameyang perlu mengambil sendiri trofi daripada tempat yang disediakan.

Sebaik sahaja menghampiri rakan-rakan sepasukan, trofi itu terjatuh lalu tertanggal daripada tapaknya.

Aubameyang yang panik kemudian segera mengangkat trofi bersama tapaknya sekali sebelum menjulangnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya