Juventus pecat Sarri - Utusan Malaysia

Juventus pecat Sarri

MAURIZIO Sarri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Juventus memecat jurulatih, Maurizio Sarri sebentar tadi, sehari selepas juara Itali itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara semalam.

Biarpun Cristiano Ronaldo cemerlang meledak dua gol dan membantu skuad Old Lady mengalahkan Lyon 2-1, namun Juventus tersingkir menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat secara agregat 2-2.

Kekalahan pada pusingan 16 akhir itu menyaksikan Juventus terpaksa menunggu lebih lama untuk merangkul kejuaraan selepas kali terakhir muncul juara Eropah pada 1996.

“Maurizio Sarri dilepaskan sebagai jurulatih pasukan utama.

“Kelab mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana membantu Juventus memahat sejarah baharu dengan menjulang kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut,” kata Juventus dalam satu kenyataan hari ini.

Sarri, 61, menggantikan Massimiliano Allegri musim ini selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Europa.

Walaupun berjaya membawa Juventus mengungguli Serie A kali kesembilan berturut-turut, tetapi tersingkir seawal pusingan 16 di peringkat Eropah dianggap kegagalan besar.

Juventus juga tewas dalam dua perlawanan akhir musim ini iaitu Piala Itali dan Piala Super Itali. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya