Jun Hao hampiri kejuaraan kedua - Utusan Malaysia

Jun Hao hampiri kejuaraan kedua

LEONG Jun Hao
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Leong Jun Hao selangkah untuk memburu gelaran kedua dalam Kejohanan Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas muncul juara Divisyen 2, Jun Hao mengesahkan tiket final selepas menyingkirkan Lim Chong Kim 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

“Saya hanya fikir untuk mencari mata demi mata dalam perlawanan dan tidak fikirkan kemenangan.

“Ketiadaan Lee Zii Jia, Soong Joo Vend an Liew Daren membuka peluang kepada saya untuk mencapai kemenangan,” kata Jun Hao.

Lawan Jun Hao di pentas final esok ialah Ng Tze Yong yang menundukkan Aidil Soleh Ali Sadikin 21-19, 21-18.

Kemenangan itu meletakkan Tze Yong pada kedudukan kedua kumpulan berkongsi tiga mata dengan Jun Hao.

“Saya terlalu mahukan kemenangan sehingga memberi tekanan ketika di penghujung perlawanan tetapi saya berjaya mengawal permainan dan dia (Aidil Sodikin) banyak melakukan kesilapan mudah,” kata Tze Yong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya