Jual sahaja Ozil, Kolasinac dan Bellerin - Utusan Malaysia

Jual sahaja Ozil, Kolasinac dan Bellerin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain England, Darren Bent menasihatkan Arsenal menjual Mesut Ozil, Hector Bellerin dan Saed Kolasinac bagi membiayai kontrak baharu Pierre-Emerick Aubameyang.

Katanya, The Gunners perlu memenuhi segala kemahuan Aubameyang kerana dia pemain terbaik kelab ketika ini selepas aksi cemerlang dalam separuh akhir dan final Piala FA.

“Saya akan bayar apa sahaja yang dia mahukan.

“Tengok sahaja aksinya ketika menundukkan Manchester City dan Chelsea, dia secara berseorangan melakukan kerja dalam perlawanan itu.

“Arsenal harus lakukan apa sahaja terutama melepaskan beberapa pemain seperti Ozil dan Kolasinac kerana gaji mereka sangat besar dan saya sanggup lepaskan Bellerin kerana kami sudah ada Ainsley Maitland-Niles.

“Ketiga-tiga pemain ini adalah lebihan kepada pasukan,” katanya.

Kontrak Aubameyang kini berbaki setahun dan terdapat laporan menyatakan yang dia bebas untuk meninggalkan kelab London itu.

Laporan sama juga menyebut, dia mahukan gaji 250,000 pound (RM1.38 juta) seminggu dan hanya akan terus bersama Arsenal jika mereka benar-benar menunjukkan minat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya