'Jangan lupa proses lesen' - Utusan Malaysia

‘Jangan lupa proses lesen’

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dalam kesibukan melengkapkan proses penswastaan, semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) diingatkan agar melengkapkan permohonan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim 2020.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata, tarikh tutup permohonan adalah 31 Ogos ini, kurang tiga minggu dari sekarang.

Katanya, pasukan Liga Super dan Perdana perlu mengemukakan semua dokumen seminggu lebih awal dari tarikh tutup agar semakan dapat dilakukan.

Jika berlaku kesilapan, ia akan mengelakkan mereka daripada berdepan masalah yang boleh menjejaskan peluang mendapatkan lesen bagi bertanding musim hadapan.

“Beberapa perkara perlu dipenuhi untuk mendapatkan lesen kelab merangkumi enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran kakitangan, perundangan, kewangan dan perniagaan.

“Kalau ada kesilapan atau ada dokumen tidak lengkap, kita ada masa untuk memaklumkan kepada semua pasukan bagi membuat pembetulan, jadi hantarlah awal,” kata Stuart kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Katanya, FAM sedar ada beberapa pasukan baru bertukar pengurusan dan mereka bersedia memberi bantuan untuk melancarkan proses tersebut.

Sebelas daripada 12 pasukan Liga Super tahun lalu lulus permohonan lesen kebangsaan bagi membolehkan mereka beraksi musim ini.

Kedah, Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS FC lulus le­sen kebangsaan manakala Kuala Lumpur, Pahang dan PKNP FC berjaya mendapatkan lesen bersyarat.

Kedah, Selangor, JDT, Ne­geri Sembilan, Perak, Terengganu, Melaka United dan PKNS turut lulus lesen AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada pertandingan peringkat Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya