Inter sanggup bayar RM1.3 bilion untuk Messi - Utusan Malaysia

Inter sanggup bayar RM1.3 bilion untuk Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Inter Milan sedia menawarkan 235 juta pound (RM1.3 bilion) untuk menarik Lionel Messi menyertai mereka.

Messi belum menyatakan persetujuan untuk memperbaharui kontrak bersama Barcelona, dan itu bermakna dia boleh pergi secara percuma pada musim panas depan.

Barcelona tidak mengharungi musim menggembirakan, malah ditinggalkan lima mata di belakang juara La Liga, Real Madrid.

Terdapat laporan, pengurus pasukan, Quique Setien akan dipecat sekiranya Barca gagal menjuarai Liga Juara-Juara musim ini.

Menurut akhbar Itali, La Gazzetta Dello Sport, Inter sedia membayar 60 juta pound (RM333 juta) semusim kepada Messi dan mahu menawarkan kontrak empat tahun.

Jika perpindahan menjadi kenyataan, Messi akan memperbaharui permusuhan dengan Cristiano Ronaldo dalam Serie A.

Ronaldo baru membantu Juventus merangkul kejuaraan Serie A kesembilan berturut-turut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya