fbpx

‘Impian jadi kenyataan’

CIRO Immobile meraikan jaringannya ketika membantu Lazio menentang Brescia dalam aksi Serie A di Stadium Olympic, Rome hari ini. - AFP
  • Oleh Media Mulia
  • 2 Ogos 2020, 11:51 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Bintang Lazio, Ciro Immobile menyifatkan kejayaannya menyamai rekod penjaring terbanyak Serie A di samping memenangi anugerah Kasut Emas Eropah musim 2019-20 sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.

Immobile menyamai rekod Gonzalo Higuain sebagai penjaring terbanyak Serie A semusim dengan 36 gol selepas membuat jaringan semasa Lazio tewas 3-1 kepada Napoli awal pagi tadi.

Penyerang berusia 30 tahun itu menyamai rekod Higuain pada musim 2015-16, termasuk memenangi Kasut Emas Eropah selepas muncul penjaring terbanyak di benua itu.

Immobile mengatasi jaringan bintang Bayern Munich Robert Lewandowski yang meledak 34 gol, penyerang prolifik Juventus Cristiano Ronaldo (31) dan kapten Barcelona Lionel Messi (25).

“Saya sangat gembira dan bangga dengan apa yang saya capai. Terutama apabila saya mengimbau kembali perjalanan saya sebelum sampai pada hari ini.

“Jika anda percaya, ada kalanya impian menjadi kenyataan. Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan kakitangan, rakan sepasukan dan saya yakin kejayaan ini hadir dengan satu pasukan.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada penyokong Lazio, yang membuatkan saya merasa sangat diperlukan untuk pasukan ini dan saya berbangga dengan kejayaan ini.

“Saya ingin menjadi contoh kepada anda semua, bahawa jangan mudah putus asa, anda mampu mencapai sasaran. – AGENSI

Dikemaskini pada