Countinho fokus final, tidak fikir perpindahan - Utusan Malaysia

Countinho fokus final, tidak fikir perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Philippe Coutinho mahu fokus untuk memenangi Liga Juara-Juara bersama Bayern Munich dan belum memikirkan masa depannya biarpun dikaitkan dengan Arsenal.

Coutinho bakal membuat penampilan di pentas akhir kejuaraan Eropah menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Lisbon Ahad ini (Isnin pukul 3 pagi waktu Malaysia).

Pemain tengah berusia 28 tahun itu meledak dua gol ketika Bayern membelasah kelab asalnya, Barcelona 8-2 pada suku akhir minggu lalu.

Dia juga turun sebagai gantian dalam separuh akhir yang menyaksikan Bayern membenam Lyon 3-0 Rabu lalu.

“Dalam fikiran hanya nampak final. Ia peluang unik buat kami. Saya sangat gembira dapat berada di pentas akhir Liga Juara-Juara.

“Berhubung masa depan, saya belum sempat menguruskannya kerana memikirkan tentang pertemuan dengan PSG sahaja,” katanya.

Coutinho yang dipinjamkan ke Bayern juga akan berdepan rakan senegaranya dari Brazil, Neymar di pentas akhir, dan bekas pemain Liverpool itu mengingatkan Bayern agar berwaspada dengan ancaman penyerang PSG tersebut.

“Kami belum sempat bercakap tentang perlawanan ini. Saya yakin dia juga fokus dengan pasukannya seperti mana saya.

“PSG pasukan yang kuat dan memiliki jentera serangan pantas. Saya tidak perlu cakap sejauh mana kehebatan Neymar kerana seluruh dunia mengetahuinya.

“Mereka juga memiliki pertahanan yang kukuh. Ia pastu satu perlawanan hebat, pertembungan menarik,” kata Coutinho.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya