City sah dapat Torres - Utusan Malaysia

City sah dapat Torres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City sah mengikat pemain sayap Valencia Ferran Torres dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM116 juta).

Pemain berusia 20 tahun itu menandatangani kontrak selama lima tahun di Stadium Etihad dan akan menyertai skuad Pep Guardiola bagi musim 2020-21.

Valencia akan memperoleh 11 juta pound (RM61 juta) sebagai tambahan untuk pemain kebangsaan bawah 21 tahun Sepanyol itu, yang masih memiliki kontrak 12 bulan terakhir.

City mengetepikan kelab Eropah lain bagi mendapatkan Torres seperti Manchester United, Juventus, Borussia Dortmund, Real Madrid dan Atletico Madrid yang turut berminat dengan pemain tersebut.

Bagaimanapun penyerang muda itu mahu berada di bawah bimbingan Guardiola dan terdapat laporan mengatakan dia bersetuju untuk sertai City selepas Guardiola secara peribadi menghubunginya untuk meyakinkan Torres ke City.

“Saya sangat gembira dapat sertai City. Semua pemain mahu menyertai pasukan yang menyerang dan City antara pasukan yang paling banyak menyerang dalam dunia bola sepak.

“Pep sangat terbuka dalam hal serangan, dia sukakan agresif di mana saya juga gemarkannya.

“Dia mempunyai rekod yang baik dalam meningkatkan kualiti pemain. Untuk melihat perkembangan baik daripada saya adalah satu impian.

“City banyak memenangi trofi dalam 10 tahun lalu, jadi saya harap saya dapat bermain dalam posisi serangan serta berjaya di sini,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya