Saya hampir tinggalkan Arsenal - Xhaka - Utusan Malaysia

Saya hampir tinggalkan Arsenal – Xhaka

GRANIT XHAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Granit Xhaka mendedahkan dia sangat hampir ke pintu keluar Arsenal pada Januari lalu, namun sempat dihalang jurulatih Mikel Arteta yang sanggup memberikannya peluang kedua.

Xhaka bersedia untuk keluar setelah dilucutkan jawatan sebagai kapten ekoran berang terhadap penyokong yang mencemuhnya ketika dia digantikan pada perlawanan seri 2-2 dengan Crystal Palace, sebulan sebelum itu.

Pemain berusia 27 tahun itu disisihkan daripada lima perlawanan, namun berjaya mendapat tempatnya semula dengan lapan bulan berlalu, dia kini pemain penting dalam kesebelasan utama.

Arteta minggu lalu memuji Xhaka kerana berjaya menambat hati peminat susulan persembahannya di atas padang, namun bekas bintang Borussia Monchengladbach itu mengakui dia benar-benar ingin pergi pada awal tahun ini.

“Semua orang tahu apa yang berlaku kepada saya dan penyokong. Masa yang tidak baik. Saya berada pada masa yang salah.

“Bagaimanapun itulah kuncinya saya boleh bangkit semula, sebab saya banyak belajar daripada situasi tersebut. Saya harap penyokong merasai juga.

“Saya selalu bercakap kepada diri sendiri dan juga penyokong, saya seorang pemain yang akan memberikan 100 peratus ketika beraksi. Mereka kini sudah memahami saya.

“Saya perlu bersikap jujur kepada semua orang. Saya sangat-sangat dekat untuk keluar dari kelab ini. Saya pernah rasa sebegitu sehinggalah saya dapat merasai semula keseronokan di kelab bola sepak ini.

“Saya tidak pernah terlintas untuk tinggalkan kelab sebelum ini, namun anda semua tahu selepas peristiwa tersebut, sudah tentu anda akan berfikir tentangnya,” katanya kepada BT Sport. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.