Martinez tidak minat sertai City - Utusan Malaysia

Martinez tidak minat sertai City

LAUTARO Martinez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Manchester City mengintai penyerang muda Argentina, Lautaro Martinez sebagai pengganti Sergio Aguero selepas menerima perkhabaran positif daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) semalam.

Martinez, 22, yang kini bersama kelab Serie A, Inter Milan bagaimanapun dikatakan lebih berminat untuk menyertai Barcelona dan berganding dengan rakan senegaranya, Lionel Messi.

City memiliki kedudukan kewangan lebih stabil berbanding Barca yang berdepan masalah berhubung polisi perpindahan pemain.

Skuad The Citizens sememangnya berminat untuk mendapat Martinez selepas dia beraksi cemerlang dengan membentuk jentera serangan berkesan bersama Romelu Lukaku di Inter Milan.

Bagaimanapun Martinez memberikan jawapan jelas yang dia hanya akan ke Barcelona atau terus kekal bersama Inter sekiranya perpindahan ke kelab Catalan itu gagal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya