SETIAP kali Ramadan, kiriman bersampul kuning tidak henti-henti dihantar ke kediaman suri rumah yang terletak di Kajang, Selangor ini. Situasi itu berlarutan selama lapan tahun berturut-turut. Sampaikan kalangan posmen tertanya-tanya adakah pemiliknya berdarah kerabat berikutan kerap menerima sampul kuning. Sampul kuning itu sebenarnya merupakan kad-kad raya kiriman balas golongan kenamaan (VIP) kepada Masfaridatul Afiza Mohd. Ali, 45. Antaranya daripada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan anakanda baginda seperti Pengiran Muda…