KEMBARANYA ke Asia Tengah memberi ruang untuk wanita dari Maran, Pahang ini mempelajari budaya tempatan iaitu hitchiking atau menahan dan menumpang kenderaan penduduk tempatan untuk bergerak ke satu-satu destinasi. Pengalaman itu memberi kebebasan buat Yumie Tassia Azmi, 37, untuk berhenti secara spontan di mana-mana lokasi yang dirasakan menarik dan menginap. Dia berpeluang tinggal bersama penduduk tempatan di Balikchy dan di dalam Yurt di Song Kul, Kyrgyzstan tanpa jaringan internet serta…