BINTANG muda bola keranjang Amerika Syarikat (WNBA) mencipta sejarah apabila muncul atlet profesional pertama yang melangkah di pentas pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. Angel Reese, 23, yang bermain untuk pasukan Chicago Sky, tampil di pentas itu bersama supermodel ternama seperti Bella dan Gigi Hadid, serta bekas ‘Angels’ termasuk Adriana Lima. Pertunjukan kali ini menampilkan barisan model daripada pelbagai latar belakang termasuk wanita hamil dan bertubuh gempal, sejajar usaha jenama pakaian dalam…










