PADA 16 Mei 1975, Junko Tabei menjadi wanita pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest. Mendaki puncak setinggi 8,849 meter kebanyakannya merupakan pencapaian yang didominasi oleh lelaki. Menurut analisis AFP berdasarkan angka Pangkalan Data Himalaya, pencapaian wanita dalam mendaki Gunung Everest terus meningkat, dengan 962 pendakian direkodkan setakat Mei 2025. Sebagai perbandingan, jumlah pendakian lelaki mencecah 11,955. Ketika Tabei mencapai puncak Everest pada 1975, seramai 38 pendaki lelaki telah mendahuluinya.…