Menjalani Ramadan tanpa orang-orang tersayang bukan sesuatu yang mudah. Ada kerinduan dan sebak yang muncul tiba-tiba ketika berbuka dan bersahur. Namun di sebalik kehilangan itu, ada hikmah yang tersembunyi dan perlahan-lahan Allah tunjukkan. Kehilangan membuatkan seseorang lebih menghargai waktu dan kenangan menjadi lebih mahal. Minggu ini Seri kongsikan kisah Reen (bukan nama sebenar), seorang isteri yang menjalani Ramadan berbeza selepas kehilangan suami tercinta kira-kira enam bulan lalu. Menurutnya, Ramadan kali…










