ZAMAN kanak-kanaknya diwarnai dengan kisah Simba dan rakan-rakan dalam animasi ikonik, The Lion King. Filem tersebut ditonton Nurul Jannah Mohd. Nor, 34, berulang kali, malah apa sahaja bahan bacaan berkaitan kartun itu turut dibelinya. Minatnya terhadap The Lion King berterusan hingga dewasa, lebih-lebih lagi apabila dia menemui set Lego Simba berharga RM89.90, awal tahun ini. Daripada situ, hobi mengumpul bongkah permainan itu mula berkembang dan kini, koleksinya mencecah lebih 100…










