Tidak semua rumah memerlukan bajet besar atau perabot serba baharu untuk kelihatan cantik. Ada rumah yang membesar bersama pemiliknya perlahan-perlahan, penuh cerita dan setiap sudutnya membawa makna tersendiri. Itulah falsafah yang menjadi nadi kepada kediaman Jalina Jalin, seorang suri rumah sepenuh masa yang turut aktif sebagai pencipta kandungan. Kediaman teres dua tingkat seluas 990 kaki persegi miliknya tampil hangat, selesa dan mempunyai jiwa selaras konsep pilihannya iaitu collected & cozy…










