Kurung yang memahami

Kurung yang memahami

rekaan longgar sesuai untuk pemakaian seharian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadang-kadang apabila sedang duduk bersarapan, saya terfikir bagaimana wanita menguruskan begitu banyak perkara dalam satu masa.

Ada yang dukung anak, sambil balas mesej kerja, sambil tersenyum pada orang di sekeliling.

Daripada situlah saya rasa Kurung Tanjung dari jenama tempatan, Zeinab, seperti rekaan yang lahir daripada realiti harian mereka, bukan sekadar idea di atas kertas.

Bila anda pegang fabriknya, batik cop tangan itu mempunyai rasa tradisi yang hidup. Bukan kaku, bukan lama.

Seperti ia faham kehidupan moden dan bersedia untuk ikut rentaknya.

Potongannya yang longgar dan selesa juga bukan sekadar gaya.

Lebih kepada memberi ruang untuk bergerak dengan yakin dan tanpa rasa dikongkong. Butang penuh pula sangat praktikal, terutamanya untuk ibu menyusu dan sesiapa yang perlukan pakaian yang mudah dipakai, cepat dan tidak renyah.

Untuk menggayakan Kurung Tanjung, pilihlah aksesori yang lembut supaya motif batik tetap menonjol.

Subang kecil atau gelang halus sudah memadai. Jika mahu tampak lebih moden, gayakan dengan beg tangan kecil atau kasut bertali. Potongan longgar baju kurung ini memang mesra semua bentuk badan, jadi bermainlah dengan lilitan selendang yang sesuai dengan wajah dan leher anda.

Warna semula jadi fabrik membenarkan solekan yang ringan dengan fokus pada kulit yang segar.

Akhir sekali, biarkan gaya anda bergerak dengan bebas seperti rekaannya. Selesa, bersahaja tetapi tetap anggun. Untuk ibu-ibu yang hidupnya laju setiap hari, Kurung Tanjung berikan sedikit ruang bernafas yang mungkin mereka tidak sedar mereka perlukan.

Perkara yang saya hargai tentang rekaan ini ialah mereka tidak cuba memaksa imej tertentu.

Mereka cuma mengembalikan pemakai kepada versi diri sendiri yang lebih selesa dan jujur. Koleksi ini tidak menunjuk-nunjuk.

Ia sekadar ada dan bergerak mengikut pemakainya, Zeinab tidak sekadar mereka kurung.

Mereka mencipta rasa. Dan kadang-kadang, itu lebih bermakna daripada apa sahaja trend yang datang dan pergi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×