Ada sesuatu yang menawan tentang wanita yang mencintai kata-kata. Wanita itu bukan sekadar membaca. Dia menyelami makna, mendengar muzik dalam senyap dan menulis puisi. Minggu ini, Petit Moi mempersembahkan Literary Muse, koleksi yang terasa seperti helaian halaman sebuah novel yang belum ditamatkan. Lembut, intelektual dan luar biasa peribadinya. Ia meraikan wanita yang melihat dunia melalui lensa bahasa dan ekspresi. Seolah-olah setiap jahitan, lipatan dan warna dalam koleksi ini membawa cerita…










