SELEPAS lebih tiga dekad, Surekha Yadav, menamatkan perkhidmatannya sebagai pemandu kereta api wanita pertama di India. Sepanjang kerjayanya, beliau mengendalikan pelbagai jenis kereta api merentasi negara itu, dan kadangkala melalui kawasan mencabar serta cuaca ekstrem. Hari ini, terdapat lebih 2,000 pengendali kereta api wanita di Indian Railways, namun ketika Yadav mula menceburi bidang itu, profesion tersebut amat jarang disertai wanita. Dilahirkan pada 1965 di sebuah bandar kecil di Maharashtra, barat…