Kambing cili hijau istimewa Deepavali

Kambing cili hijau istimewa Deepavali

kambing cili hijau dengan kuah pekat enak dinikmati bersama nasi putih atau roti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Hidangan kambing cili hijau ini pastinya membuka selera dengan aroma rempah ratus dan rasa pedas yang seimbang.
Keenakan daging kambing yang dimasak empuk bersama ramuan segar menjadikan sajian ini antara menu istimewa yang sesuai dihidangkan ketika sambutan Deepavali.
Bahan penting seperti kas-kas dan gajus menghasilkan tekstur berkrim dan kaya dengan rasa. Jom cuba resipi perkongsian Ageela Nadesan ini.
BAHAN PERAPAN  (dikisar kecuali kambing,  kunyit dan garam)
1/2 kilogram daging kambing
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
8 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 sudu besar pes halia, bawang putih
2 sudu besar yogurt
Segenggam daun ketumbar
Segenggam daun pudina
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk jintan putih
 Garam secukupnya
BAHAN KISAR 
(pes Gajus):
8 biji kacang gajus (direndam)
1/2 sudu kecil biji kas kas (direndam)
BAHAN TUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil biji adas manis
1 batang serai
Daun kari secukupnya.
CARA-CARA MEMASAK:
Perapkan daging kambing bersama bahan-bahan perapan sekurang-kurangnya tiga jam.
Tumiskan bahan sehingga naik bau.
Masukkan daging kambing yang telah diperap bersama sedikit air.
Masak dengan api sederhana kira-kira 35 hingga 40 minit atau sehingga daging empuk.
Masukkan pes gajus bersama sedikit air apabila daging telah masak dan air hampir kering.
Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
Tutup api dan sedia untuk dihidang.-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN