Tarantula mudah, murah untuk dijaga

Tarantula mudah, murah untuk dijaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagi sesetengah orang, melihat sahaja tarantula, sudah cukup membuatkan bulu roma meremang.

Namun, bagi Mohammad Haikal M. Mujib, 29, pengalaman memelihara haiwan unik tersebut bukan sekadar hobi, bahkan membuka ruang baharu untuknya mengenali dunia eksotik serangga berbulu yang sering dianggap menakutkan.

Antara koleksi tarantula yang paling disayanginya ialah daripada spesis grammostola pulchra.

Tarantula itu dinamakan Blacky.

Katanya, ketika baru dibeli, saiznya itu hanya sebesar duit syiling 10 sen.

Kini, fizikal Blacky yang berusia tiga tahun itu semakin membesar.

Katanya, saiz badan haiwan betina itu mampu mencapai sebesar tapak tangan orang dewasa berbanding dengan jantan.

“Tidak seperti tarantula lain yang berbulu panjang dan kasar, Blacky memiliki tekstur bulu lebih halus, seperti permaidani.

“Sebab itulah spesis ini sering menjadi buruan ramai kerana sifatnya yang tenang dan hidup lama.

“Tambahan pula, warnanya yang hitam sekali gus menambahkan lagi aura eksklusif,” katanya.

Penjagaan mudah
Kelebihan utama memelihara tarantula adalah faktor penjagaan yang mudah dan perbelanjaan murah.

“Blacky makan dua kali seminggu dan dietnya pun mudah iaitu cengkerik serta belalang.

“Semakin besar saiznya, semakin kurang pemakannya.

“Dari segi kebersihan pula, bekas kediamannya hanya perlu dicuci antara enam bulan hingga setahun,” katanya.

Katanya, kelebihan tarantula ialah tidak berbau dan sesuai dipelihara di dalam bilik.

Selain itu, katanya, Blacky tidak memerlukan pencahayaan khas seperti lampu UV, cukup sekadar suhu bilik yang stabil.

 

Lepaskan bulu
Blacky jarang menggigit walaupun itu adalah senjata pertahanan utamanya.

Ia cuma melepaskan atau menendang bulu halus daripada bahagian badan apabila berasa terancam.

Bulu itu akan terus menuju ke arah musuh sebagai isyarat amaran.

Bagaimanapun, bulu itu tidaklah berbahaya, jika terkena pada kulit.

Biasanya, ia hanya menyebabkan kegatalan atau sedikit iritasi ringan yang akan hilang dalam tempoh sekejap.

Ini membuktikan yang tarantula memiliki sifat pertahanan semula jadi pintar tanpa perlu mencederakan lawannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×