MESKIPUN usianya seabad, tetapi Dr. Teru Kasamatsu masih menyarung kot putih dan merawat pesakit di Hospital Kasamatsu, Kainan, wilayah Wakayama, Jepun. Beliau menerima pesakit luar tiga kali seminggu, kebanyakannya pesakit tetap yang sudah lama mengenalinya. Di hospital yang berlatarbelakangkan pemandangan Teluk Wakayama, doktor itu menyambut setiap pesakit dengan senyuman lembut, sebelum meneliti rekod perubatan mereka. “Tekanan darah anda agak tinggi. Sila bawa buku rekod ubat pada lawatan seterusnya,” katanya kepada…