Wanita tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain kerana kekuatan sebenar terletak dalam diri mereka sendiri. Prinsip inilah yang dipegang teguh oleh Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris, 56, hingga kini. Tidak hairanlah beliau berjaya menembusi dunia perniagaan pengurusan jemaah umrah dan haji yang lazim didominasi lelaki. Sepanjang lebih dua dekad ini juga, lebih 64 cawangan Andalusia dibuka di seluruh Malaysia dengan 500…