YORKSHIRE berkabung dan meratapi pemergian Duchess of Kent, Katharine Worsley, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun awal bulan ini. Katharine, yang sebelum ini merupakan ahli tertua Keluarga Diraja, menghembuskan nafas terakhir di Istana Kensington. Dilahirkan dalam keluarga aristokrat di Yorkshire, England utara, beliau berkahwin dengan Duke of Kent, sepupu kepada mendiang Ratu Elizabeth II. Sepanjang hidupnya, beliau memilih untuk tinggal, berkhidmat dan membina keluarga di Yorkshire, menjadikan wilayah itu…










