DEMI cintanya dalam dunia solekan, Nurul Maizaitul Farazila Abd. Rahman sanggup meninggalkan kerjaya stabil sebagai seorang pegawai bank. Namun, langkah berani itu ternyata membawa tuah kepadanya apabila bukan sahaja mampu meraih pendapatan memberangsangkan, malah berjaya mewujudkan jenamanya sendiri. Bukan sahaja namanya, malah jenama Carya Cosmetics yang lahir daripada keringatnya sendiri kini semakin mendapat tempat di hati wanita, malah berada di kedudukannya sendiri dalam industri fesyen dan solekan negara. Katanya, semasa…










